SINGAPURA: Semua tiket bagi perlawanan awal antara Malaysia dan Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 bagi zon Asia di sini Sabtu ini habis dijual.Tiket kaunter di pintu selatan Stadium Jalan Besar di sini dibuka pada pukul 8 pagi tadi dan semua tiket habis dijual pada pukul 2.20 petang tadi. Timbalan Pengarah Bagi Pemasaran dan Pertandingan, Persatuan Bolasepak Singapura (FAS), Ridzal Saat, berkata peminat mula berbaris di hadapan kaunter sejak 11.30 malam tadi untuk menunggu pembukaan kaunter pagi ini."Kami mengalakkan semua peminat Singapura memakai pakaian berwarna merah bagi menyokong pasukan kesayangan mereka dan mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan," katanya.- BERNAMA