PELUMBA SuperSports 600cc negara, Azlan Shah Kamaruzaman (gambar) berjaya mempamerkan pretasi yang memberangsangkan pada sesi ujian masa pada Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS di Litar Antarabangsa Zhuhai, China, Jumaat.Pelumba Honda Boon Siew Racing Malaysia melakukan catatan 1:39.945s untuk berada di kedudukan keempat terpantas pada sesi ujian masa pertama. Katsuaki Fujiwara dari Manual-Tech BEET Kawasaki Racing telah mencatatkan masa terpantas dengan catatan masa 1:39.658s, diikuti oleh rakan sepasukannya, M.Fadli (1:39.786s) manakala Chalermpol Polamai (Yamaha Thailanda Racing) adalah pelumba yang ketiga terpantas dengan catatan 1:39.890s."Catatan masa yang dilakukan oleh kesemua pelumba lima terpantas memang tidak jauh berbeza dan hanya terpisah dengan beberapa milisaat sahaja."Perbezaan masa di antara saya dan Fujiwara hanya terpisah dengan 0.284saat manakala Fadli hanya 0.118s mendahului saya. Dengan itu, saya harus bersedia untuk persaingan sengit pada hari perlumbaan sebenar," jelas Azlan.Azlan berharap pada perlumbaan Sabtu, dia mampu melakukan catatan masa lebih baik.“Buat masa ini, saya belum berbincang dengan jurutera pasukan tentang pelarasan jentera dan apa yang boleh diperbaiki lagi."Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan pelarasan jentera petang ini dan mahu membuat catatan masa yang lebih pantas lagi,” ujar Azlan yang kini menduduki tangga kedua keseluruhan dengan 114 mata.Manakala, pelumba wildcard Moto2 Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline) turut mempamerkan aksi yabng mantap apabila berada di kedudukan enam terpantas dengan masa 1:40. 378s.“Sebenarnya, target saya adalah untuk berada di tempat ketujuh teratas daripada 24 pelumba dan matlamat ini telah tercapai."Esok saya mahu memperbaiki gaya tunggangan saya terutamanya di selekoh U dan juga di selekoh berkelajuan tinggi,” kata Hafizh yand menduduki podium pada Perlumbaan 1 dan 2 di pusingan lepas (Pusingan 4) di Jepun bulan lepas.Sementara itu, kategori Underbone 115cc, Mohd Ramdan Mohd Rosli dari PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM melaungkan amaran awal dengan mendominasi sesi ujian masa pertama.Dia berjaya menrakamkan masa terpantas dengan 2:12.416s manakala rakan senegaranya, Mohd Affendi Rosli dari Harian Metro Y-TEQ SCK Honda pula merupakan pelumba kedua terpantas dengan catatan masa 2:13.290s. Pelumba Indonesia, Gupita Kresna (Kawasaki NHK Rextor Manual Tech) berada di tempat ketiga terpantas setelah melakukan catatan 2:13.397s. "Sasaran saya di sini adalah untuk menjejak kaki di podium dan pada masa ini pasukan kami berada di landasan yang tepat."Kami perlu melakukan sedikit perubahan terhadap pemilihan sprocket dan saya yakin dapat memperbaiki catatan masa pada sesi ujian kedua esok,” kata pelumba berusia 15 tahun itu yang berharap dapat memulakan perlumbaan sebanar di petak pertama.