SEPANG: Lebih 400 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan bagi memastikan keselamatan pengunjung dan kelancaran lalu lintas sempena perlumbaan Shell Advance International Motorcycle Grand Prix 2011 di Litar Sepang dari 21 hingga 23 Oktober ini.Ketua Polis Daerah Sepang Supritendan Imran Abdul Rahman berkata bagi memastikan kelancaran jalan raya semasa acara tersebut berlangsung, Jalan Quarters KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa) akan ditutup selama sejam. Selepas perlumbaan tamat semua kenderaan yang diletakkan di kawasan yang ditetapkan dilarang membelok ke Jalan Pekeliling dan kesemua kenderaan tersebut akan diarah membelok ke persimpangan Salak-Sepang, katanya kepada pemberita di sini.Imran meminta orang ramai supaya mengikut arahan anggota trafik yang bertugas kerana ribuan pengunjung akan hadir menyaksikan perlumbaan itu.Beliau menasihatkan orang ramai merancang perjalanan mereka dengan keluar lebih awal bagi menyaksikan acara itu selain menggunakan perkhidmatan awam seperti bas yang telah disediakan di tempat-tempat tertentu.Pemilik kenderaan juga dinasihatkan memasang kunci tambahan bagi memastikan keselamatan kendenraan mereka semasa acara tersebut berlangsung, katanya.Katanya pemandu kenderaan juga dilarang meletak kenderaan di bahu jalan dan mereka yang ingkar akan didenda. -BERNAMA