KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Terbuka Denmark di Odense, malam Jumaat.Chong Wei, pemain nombor satu dunia itu, mengambil masa 47 minit untuk menundukkan pemain China, Chen Jin, 21-14, 21-19, pada perlawanan suku akhir. Chong Wei akan menentang pemenang antara pemain tuan rumah Peter Hoeg Gade dan Viktor Axelsen yang dijadual awal pagi Sabtu. -BERNAMA