KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan remaja kebangsaan Zulfadli Zulkifli mencipta sejarah setelah muncul juara remaja dunia buat kali pertama selepas menewaskan juara bertahan Viktor Axelsen dari Denmark pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taiwan, Ahad.Zulfadli yang juga juara remaja Asia menundukkan Viktor dengan kemenangan 21-18, 9-21 dan 21-19 dalam masa 50 minit, mengikut laman web tournament software.com. Kemenangan tersebut merupakan kemenangan kedua pemain berusia 19 tahun itu ke atas Viktor. Kali pertama beliau mengalahkan Viktor adalah pada Kejohanan Badminton Remaja 2005 di Sweden. - BERNAMA