suria

Atlet Memanah Paralimpik Negara Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Atlet memanah paralimpik negara, Muhammad Salam Sidik (gambar) meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) tengah hari Selasa.

Pengurus Persiapan Atlet, Gulam Ghani Ayoub berkata, Muhammad Salam ditemui rakan sebilik terbaring selepas pulang bertemu dengan doktor di Institut Sukan Negara (ISN) pagi ini.

“Dia ditemui tidak sedarkan diri di kediaman atlet Casa I, Majlis Sukan Negara (MSN) dan terus dibawa ke HUKM.

"Pihak hospital masih menjalani siasatan punca sebenar kematian.

“Jenazah akan dibawa pulang di Kampung Sungai Tiram, Kota Tinggi, Johor oleh kakaknya lebih kurang pukul 7 malam ini selepas mendapat kebenaran hospital ,” kata Gulam kepada mStar Online.

Muhammad Salam,28, merupakan salah seorang atlet paralimpik negara yang berada di bawah program ‘Road To London’ dan merupakan atlet prospek emas bagi Sukan Paralimpik London 2012.

Allahyarham merupakan olahragawan atlet orang kelainan upaya (OKU) bagi tahun 2005, 2007 dan 2009 dan turut berada di ranking nombor dua dunia (September 2011).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain