KOTA BARU: Kematian adik kepada penjaga gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih kita kenali sebagai Apex benar-benar sedang menguji ketahanan dirinya sebagai seorang profesional dan juga manusia.Belum pun sempat kontroversi tentang hubungannya dengan seorang wanita yang disiarkan menerusi beberapa laman blog reda, tiba-tiba dia telah dikejutkan pula dengan berita kematian adik lelakinya ketika sedang berlatih bersama skuad kebangsaan. Adiknya, Mohd Izat Che Mat, 16, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian pagi semalam (Isnin) kerana demam panas.Dia adalah pelajar SMK Wakaf Mek Zainab II, di sini.Menurut Apex dia telah dimaklumkan tentang kesihatan adiknya itu ketika sedang mewakili negara di temasya Sukan SEA di Jakarta beberapa minggu lalu.Katanya, kali terakhir dia sempat menjengah adiknya itu ialah pada Khamis lalu tetapi ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri lagi.Menurutnya lagi, walaupun mereka berlainan ibu tetapi hubungannya dengan arwah tetap erat dan mereka saling meminati bolasepak.