Neil Warnock dipecat sebagai Pengurus QPR.LONDON: Pengurus Queens Park Rangers, Neil Warnock telah dipecat dan kini bekas penyerang Manchester United dan pengurus Manchester City, Mark Hughes disebut-sebut sebagai penganti popular.Hughes juga sebelum ini pernah mengurus sebuah lagi kelab London iaitu Fulham. Warnock telah menjadi mangsa kemerosotan prestasi QPR dan kegagalannya untuk bersetuju dengan pemilik kelab, Tony Fernandes dalam banyak perkara termasuk langkah memperkukuhkan skuad dikatakan menjadi punca pemecatannya.Fernandes bersama-sama 5,000 penyokong QPR telah berkunjung ke kelab divisyen bawah MK Dons dalam perlawanan pusingan ke-3 Piala FA pada Sabtu dan beliau tidak berpuas hati melihat prestasi pasukannya.Bagaimanapun ada yang berkata, Warnock yang terlebih dahulu mengemukakan surat peletakan jawatannya tanpa menanti Fernandes mengeluarkan arahan pemecatan kerana tidak lagi sefahaman pendapat dengan pemilik kelab berhubung soal pembelian pemain baru.Sejak pintu perpindahan dibuka 1 Januari lalu, QPR hanya berjaya membawa masuk seorang pemain iaitu penyerang Manchester United, Federico Macheda secara pinjaman sehingga habis musim.Bagaimanapun Warnock mahu mendapatkan pemain Blackburn Rovers, Yakubu Ayegbeni yang menurut ramai orang dalam tidak begitu diminati oleh Fernandes.Kedua-dua pengurus dan pemilik itu telah mengadakan pertemuan hujung minggu lalu untuk berbincang isu pemain dan Warnock dikatakan meninggalkan mesyuarat dengan perasaan yang kedudukannya tidak lagi selamat. Fernandes menjadi pemegang saham terbesar kelab tersebut 18 Ogos lalu selepas membeli bali 66 peratus syer pemilik Sirkit Formula 1, Bernie Ecclestone.Warnock bertanggungjawab membawa semula QPR ke Liga Perdana Inggeris tahun lalu selepas 15 tahun berada di Divisyen Satu.Oleh yang demikian perpisahan ini adalah sesuatu yang amat memilukan."Bagaimanapun pihak lembaga QPR mempunyai cita-cita yang tinggi dan saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada kelab ini. Buat masa sekarang apa yang ingin saya lakukan ialah menghabiskan masa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan rapat saya sebelum memikirkan apakah langkah seterusnya," ujar Warnock.Prestasi QPR dalam beberapa minggu ini menjunam dengan begitu teruk sekali - hanya berjaya mencuri dua mata daripada 24 mata yang ada.Menurut kenyataan rasmi QPR, kebimbangan akan disingkirkan kembali ke Divisyen Satu adalah sebab utama mengapa kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berpisah.Selain Warnock, dua orang pembantunya iaitu Mick Jones dan Keith Curle turut melepaskan jawatan masing-masing berkuatkuasa serta merta.Fernandes kemudian telah menyatakan dalam ruangan Twitternya: "Percayalah, sepanjang 47 tahun usia saya, saya tidak pernah membuat satu keputusan yang sangat sukar sepertimana hari ini. Tidak dapat dinafikan Neil adalah seorang pengurus yang baik, seorang yang hebat. Tetapi saya dan seluruh anggota lembaga terpaksa melakukan apa yang kami fikirkan yang terbaik untuk kelab ini."SEJARAH KRONOLOGI NEIL WARNOCK & QPR:1 Mac 2010: Neil Warnock ambil alih jawatan pengurus QPR selepas meninggalkan Crystal Palace.7 Mac 2010: QPR kalahkan West Bromwich 3-1 dalam perlawanan pertama di bawah Warnock.2 Mei 2010: QPR menduduki tangga ke-12 Divisyen Satu.30 Apr 2011: QPR menjuarai Divisyen Satu dan dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris selepas 15 tahun berada di Divisyen satu.13 Ogos 2011: Kekalahan pertama 4-0 di tangan Bolton18 Ogos 2011: Tony Fernandes selesai mengambil alih QPR.20 Ogos 2011: QPR tewaskan Everton 1-0 untuk mencatatkan kemenangan pertama dalam Liga Perdana.30 Ogos 2011: Warnock mengukuhkan skuad QPR dengan pembelian Luke Young, Shaun Wright-Phillips, Anton Ferdinand dan Armand Traoré.23 Okt 2011: QPR tewaskan Chelsea 1-0 di Loftus Road – satu-satunya kemenangan di tempat sendiri musim ini.19 Nov 2011: QPR menang 3-2 ke atas Stoke City – kemenangan terakhir QPR sehingga kini.6 Jan 2012: Fernandes memberi amaran tiada siapa di QPR yang selamat daripada dipecat.8 Jan 2012: Warnock dipecat oleh QPR yang kini menduduki tangga ke-17 liga