suria

Ferguson Yakin Terhadap De Gea

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson percaya tidak ada yang akan mempedulikan David De Gea (gambar) dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini.

Penjaga gol muda yang dibeli dari kelab Atletico Madrid itu kembali pulih daripada kecederaan dan bakal beraksi menjaga gawang menjelang perlawanan sengit Man United dan Chelsea pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad ini.

Walaupun pemain simpanan ketiga Ben Amos telah mempamerkan aksi cemerlang pada perlawanan menentang Stoke City beberapa hari lalu, tetapi khidmat De Gea ditagih, lebih-lebih lagi dia telah pulih daripada kecederaan buku lalinya.

Desas desus mengenai prestasi De Gea timbul selepas kekalahan pasukan itu kepada Liverpool pada aksi pusingan keempat Piala FA minggu lalu.

Pun begitu Ferguson yakin De Gea mempunyai bakat semulajadi dan masalah prestasi itu hanyalah untuk jangka masa pendek.

“Dia mempunyai bakat besar. Memang betul dia ada melakukan satu atau dua kesilapan tetapi dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi isu ini tidak akan timbul kerana dia telah matang.

"Dan di situ dia akan sedar tentang kelebihannya,” jelas Ferguson.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan