Suarez (kiri) tidak mahu bersalam dengan Evra sebelum perlawanan bermula di Old Trafford.PENYERANG Liverpool, Luis Suarez meminta maaf di atas keengganannya untuk bersalam dengan pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra.Tindakan pemain kebangsaan Uruguay ketika pertemuan di Old Trafford itu pada Sabtu menerima pelbagai kritikan di kalangan peminat bola sepak. Terdahulu, Suarez digantung lapan perlawanan selepas mengeluarkan perkataan berunsur perkauman ke atas Evra di Anfield, Oktober lalu."Saya telah bertemu dengan pengurus perlawanan di Old Trafford dan menyedari saya melakukan kesilapan."Saya bukan saja menjatuhkan maruahnya tetapi memalukan kelab. Saya minta maaf di atas kesilapan itu dan menyesali perbuatan tersebut," katanya.Suarez berkata, dia sepatutnya bersalam dengan Evra sebelum perlawanan bermula dan meminta maaf di atas perbuatannya itu.