LANGKAWI: Pelayar pelapis negara Ahmad Latif Khan, yang memburu kejuaraan dalam kategori Laser 4.7 terbuka, mencuri tumpuan pada hari pembukaan Kejohanan Pelayaran Asia (ASC) 2012 di sini, Ahad.Ahmad yang memulakan saingan pada sebelah petang berbanding pagi kerana keadaan angin yang tidak mengizinkan, mengambil kesempatan dengan tipuan angin antara sembilan hingga 12 knot, untuk mendahului dalam tiga perlumbaan. Bagaimanapun, pelayar elit negara Khairul Nizam gagal menyerlah dalam kategori Laser Standard dengan hanya menduduki tangga keempat selepas saingan hari ini.Pelayar handalan Thailand, Napakao Poonpat menguasai kategori terbuka dengan mendahului saingan acara itu.Kejohanan edisi ke-15 selama lapan hari itu itu disertai oleh 276 pelayar dari 16 negara termasuk Malaysia bagi memburu gelaran dalam 17 kategori yang dipertandingkan. BERNAMA