suria

Aksi Arsenal-Malaysia 24 Julai Ini

Tengku Abdullah menerima cenderahati daripada Pengarah Pemasaran Arsenal, Angus Kinnear (kiri) selepas sidang media di Subang Jaya, Selasa. Foto: BERNAMA
Tengku Abdullah menerima cenderahati daripada 
Pengarah Pemasaran Arsenal, Angus Kinnear (kiri) selepas sidang media di Subang Jaya, Selasa. Foto: BERNAMA
Tengku Abdullah menerima cenderahati daripada Pengarah Pemasaran Arsenal, Angus Kinnear (kiri) selepas sidang media di Subang Jaya, Selasa. Foto: BERNAMA

SUBANG JAYA: Selepas menerima sambutan hangat pada Jelajah Asia tahun lalu, pasukan bola sepak Inggeris terkenal, Arsenal sekali lagi bersetuju untuk beraksi menentang pasukan Malaysia pada 24 Julai ini di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kali pertama skuad kendalian Arsene Wenger ini datang ke Malaysia pada tahun 1999 sebelum kembali bertandang tahun lalu dengan kehadiran lebih kurang 55.000 penyokong setia kelab ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, kehadiran pengunjung tahun lalu membuktikan bahawa Arsenal mempunyai bilangan peminat yang besar di negara ini.

“Semua peminat The Gunners pastinya sekali lagi tidak sabar untuk melihat aksi mereka bermain dengan skuad negara. Saya pasti tahun lalu ramai yang gembira dan berpuas hati dengan aksi pasukan ini.

“Kami turut menghargai pihak penganjur, ProEvents yang telah membawa pasukan Arsenal ke Malaysia.

"Mereka merupakan rakan kongsi FAM dan telah bekerja keras untuk mempromosikan Malaysia sebagai hab bola sepak di Asia,” katanya pada sedang media, Selasa.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis berkata, semua yang terlibat dengan Arsenal turut teruja untuk kembali ke Malaysia.

“Kami telah menerima sambutan luar biasa pada tahun lalu dan tahun ini kami berharap ia akan menjadi sesuatu yang lebih istimewa pada Julai ini,” katanya.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ProEvents, Julian Kam berkata, pihaknya telah mula menerima email berkenaan dengan perlawanan ini.

“Kami akan terus bekerjasama dengan lebih rapat lagi dengan FAM dan melakukan yang terbaik bagi memastikan peminat-peminat Arsenal di Asia Tenggara turut dapat menyaksikan aksi ini,” katanya.

Malaysia menjadi destinasi pertama bagi siri Jelajah Arsenal 2012 ini sebelum ke China untuk perlawanan menentang Manchester City di Beijing pada 27 Julai dan terus ke Hong Kong untuk bertemu kelab Kitchee FC pada 29 Julai.

Pada aksi tahun lalu, skuad pilihan Malaysia tewas 4-0.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain