suria

Sah! Pep Guardiola Tinggalkan Barcelona

Pep Guardiola akan meninggalkan Barcelona selepas berakhir musim ini.
Pep Guardiola akan meninggalkan Barcelona selepas berakhir musim ini.
Pep Guardiola akan meninggalkan Barcelona selepas berakhir musim ini.

BARCELONA: Kelab bolasepak FC Barcelona pada Jumaat mengumumkan pengunduran jurulatih paling berjaya dalam sejarah kelab itu, Pep Guardiola sebaik sahaja tamat musim ini.

Dalam satu kenyataan lewat malam semalam, Barcelona berkata, tempat beliau akan digantikan oleh penolongnya, Tito Vilanova.

Ketika Guardiola mengambilalih jawatan pengurus pada tahun 2007, beliau juga seorang yang tidak begitu dikenali yang pernah bermain untuk kelab itu.

Guardiola akan dikenang sebagai pengurus paling berjaya dalam sejarah kelab Catalan itu dengan memenangi 13 buah trofi dalam tempoh empat musim.

Tidak ada jurulatih yang berjaya mencapai kejayaan sepertimananya walaupun ketika mengambil alih jawatan itu beliau tidak begitu dikenali dalam dunia kejurulatihan.

Dalam reaksi segera, Guardiola berkata; "Saya ingin memohon maaf kepada semua penyokong setia kelab ini di atas ketidak tentuan tentang masa depan saya bersama Barcelona sejak beberapa minggu lalu tetapi saya ingin menjelaskan ini adalah kenapa saya hanya menandatangani kontrak jangka pendek...tuntutan untuk mengendalikan kelab ini adalah sangat besar dan dalam tempoh empat tahun sahaja saya sudah pun keletihan."

Pengurus berusia 41 tahun itu bercakap kepada para pemberita sambil dikelilingi oleh para pemainnya.

"Dan oleh kerana kita telahpun terkeluar daripada saingan sebarang trofi maka saya merasakan sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya mengumumkannya," ujar beliau lagi.

Sebab pengundurannya kata Guardiola adalah mudah iaitu keletihan dan beliau menegaskan bahawa pengantinya akan dapat memberikan apa yang beliau tidak dapat berikan lagi.

Spekulasi mengenai masa depan Guardiola bersama Barcelona menjadi bualan ramai apabila beliau enggan menandatangani kontrak baru sedangkan kontrak lamanya hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk tamat.

Walaupun ramai yang mengatakan tujuan beliau meninggalkan Barcelona adalah kerana tertarik dengan prospek membimbing Chelsea tetapi semalam Guardiola mengesahkan bahawa beliau akan mengambil cuti dari sebarang aktiviti kejurulatihan buat sementara waktu.

Artikel Lain