suria

City Benam United, Kembali Terajui Liga

Vincent Kompany (kanan) menanduk masuk gol ke gawang United.
Vincent Kompany (kanan) menanduk masuk gol ke gawang United.
Vincent Kompany (kanan) menanduk masuk gol ke gawang United.

LONDON: Manchester City kembali menguasai kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan pesaing terdekatnya, Manchester United 1-0 di Stadium Etihad, awal pagi Selasa.

Dengan kemenangan itu, kedua-dua kelab kini berkongsi 83 mata tetapi City berada di depan dengan perbezaan jumlah gol.

Gol City dijaringkan menerusi tandukan pemain pertahanan, Vincent Kompany pada minit ke-45 hasil tendangan sudut.

Ia merupakan pertandingan sengit yang dinanti-nantikan peminat bola sepak seluruh dunia dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Kedua-dua pasukan mempunyai baki dua perlawanan untuk diharungi selepas ini.

Manakala juara akan ditentukan menerusi perbezaan mata di mana City mempunyai kelebihan dalam soal ini.

Kemenangan awal pagi Selasa sememangnya amat diperlukan anak buah Roberto Mancini manakala United hanya memerlukan keputusan seri untuk merangkul gelaran juara buat kali ke-20.

Pasukan kendalian Pengurus Sir Alex Ferguson itu akan bertemu Swansea City dan Sunderland dalam usaha menghidupkan kembali peluang bergelar juara.

Sementara itu, City pula akan bertemu pasukan yang menduduki tempat kelima, Newcastle United pada Ahad ini sebelum melayan kunjungan Queens Park Rangers pada perlawanan akhir musim ini.

Senarai pemain:

Man City: Hart, Zabaleta, Clichy, Kompany, Lescott, Barry, Yaya, Silva, Nasri, Tevez, Aguero. Pemain gantian: Pantilimon, Richards, Kolarov, De Jong, Milner, Balotelli, Dzeko.

Man Utd: De Gea, Jones, Smalling, Ferdinand, Evra, Carrick, Scholes, Nani, Giggs, Park, Rooney. Pemain gantian: Amos, Rafael, Valencia, Young, Welbeck, Hernandez, Berbatov.

Gelanggang: Stadium Etihad

Jumlah penonton: 47,259 orang

Artikel Lain