suria

Campbell Umum Persaraan Sebagai Pemain Bola Sepak

Campbell kembali beraksi bersama Arsenal pada tahun 2010.
Campbell kembali beraksi bersama Arsenal pada tahun 2010.
Campbell kembali beraksi bersama Arsenal pada tahun 2010.

BEKAS pemain pertahanan England, Sol Campbell mengumumkan persaraan sebagai pemain bola sepak selepas hampir dua dekad memerah keringat di padang.

Campbell telah tampil sebanyak 646 aksi dalam lima kelab berbeza di antara tahun 1992 hingga 2011, menyarung jersi England 73 kali termasuk tiga kali beraksi dalam Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah.

Pemain berusia 37 tahun ini mula bergelar pemain profesional sejak umur 18 tahun bersama Tottenham Hotspur (1992-2001) sebagai kapten dan turut menjadi pemain pilihan hampir sepuluh tahun sebelum beralih arah ke pasukan seteru kelabnya, Arsenal.

Perpindahannya ke Arsenal menjadi kontroversi kepada penyokong-penyokong Spurs.

Ketika bersama Arsenal, dia berjaya membantu pasukan kendalian Arsene Wenger itu menjulang trofi liga dua kali ( 2002,2004) dan juara Piala FA (dua kali) serta turut menjadi penjaring ketika aksi final Liga Juara-Juara yang mana pasukannya tewas kepada Barcelona (2006).

Campbell juga pernah menjadi antara pemain luar biasa kepada pasukan Arsenal yang tidak pernah tewas dalam aksi liga pada tahun 2003-04.

Selain Arsenal, dia juga pernah menjadi kapten pasukan Portsmouth (2006-09) yang turut meraih trofi Piala FA Inggeris 2008, berpindah Notts County (2009), kembali ke Arsenal pada tahun 2010 dan aksi terakhir pada Mac 2011 bersama Newcastle United.

Artikel Lain