suria

Abdul Manaf Berehat Sementara

KUALA TERENGANU: Penyerang Terengganu Abdul Manaf Mamat terpaksa direhatkan sementara setelah menjalani pembedahan di bahagian buku lali.

Pemain yang berusia 25 tahun itu menjalani pembedahan di Hospital Pantai, Ampang, Selangor Sabtu lalu akibat kecederaan yang dialami selepas mengharungi beberapa perlawanan sebelum ini.

Abdul Manaf memberitahu Bernama kesan pembedahan mungkin memakan masa selama dua bulan sebelum dia dapat kembali beraksi seperti biasa.

oktor menyarankan sekurang-kurangnya saya berehat selama dua bulan bagi memastikan kecederaan yang dialami betul-betul sembuh.

"Bagaimapun saya tetap membuat latihan yang ringan bagi mengekalkan stamina," katanya,

Menurut anak jati Kuala Terengganu ini biarpun tidak dapat bersama Terengganu pada perlawanan terakhir Kumpulan F Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang pasukan Kitchee dari Hong Kong di tempat lawan pada Rabu, namun dia tetap mendoakan yang terbaik buat skuad Sang Penyu.

Katanya misi skuad penyu untuk menang bagi membolehkan pasukan itu muncul sebagai juara kumpulan perlu dicapai walaupun tanpa kehadiran beberapa tonggak pemain serta tanpa ketua jurulatih Mat Zan Mat Aris yang direhatkan dua minggu sehingga 15 Mei ini.

ngganu tewas 2-0 kepada Kitchee pada perlawanan pusingan pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini pada 20 Mac lalu.

agaimanpun Terengganu telah melayakkan diri ke pusingan kedua kejohanan tersebut setelah muncul naib juara kumpulan dengan sembilan mata manakala Kitchee pula juara kumpulan dengan 10 mata.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain