KUALA LUMPUR: Dua puluh lima delegasi dari Asia tiba di ibu negara bagi menghadiri mesyuarat Pendaftaran Praperwakilan Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan Asia untuk Sukan Paralimpik London 2012.Presiden Jawatankuasa Paralimpik Asia Datuk Zainal Abu Zarin berkata mesyuarat itu akan menentukan penyertaan negara dari Asia pada temasya sukan tersebut. "Kita akan berbincang dan menyelesaikan beberapa perkara seperti pendaftaran dan jenis sukan yang disertai di London kelak," katanya.Mesyuarat yang akan dikendalikan wakil Jawatankuasa Penganjur London bagi Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik (LOCOG) itu, akan memudahkan pendaftaran kontinjen Asia untuk Sukan Paralimpik London, yang berlangsung dari 29 Ogos hingga 9 September."Temasya di London itu lebih kurang 100 hari lagi, dan melihat kepada kesungguhan delegasi yang berada di sini, saya percaya kita boleh memperbaiki percapaian kita," katanya.Antara delegasi yang hadir ialah Malaysia, Brunei, Indonesia, Vietnam, China, Hong Kong, Korea Selatan, Korea Utara, Macau, India, Pakistan, Iraq, Jordan, Kuwait, Oman, Qatar dan Arab Saudi.-BERNAMA