suria

30 Remaja Terima Sentuhan Jurulatih Kelab Chelsea

Seramai 30 remaja terpilih dari Rumah HOPE dan Harvest Centre mengikuti klinik bola sepak bersama Adidas Malaysia dan Kelab Bola Sepak Chelsea, Khamis. Foto: KAMARUL ARIFFIN/The Star
Seramai 30 remaja terpilih dari Rumah HOPE dan Harvest Centre mengikuti klinik bola sepak bersama Adidas Malaysia dan Kelab Bola Sepak Chelsea, Khamis. Foto: KAMARUL ARIFFIN/The Star
Seramai 30 remaja terpilih dari Rumah HOPE dan Harvest Centre mengikuti klinik bola sepak bersama Adidas Malaysia dan Kelab Bola Sepak Chelsea, Khamis. Foto: KAMARUL ARIFFIN/The Star

PETALING JAYA: Sedar dengan kepentingan pembangunan bola sepak negara, Adidas Malaysia terus mengorak langkah mangambil inisiatif memberi peluang kepada pemain-pemain muda menimba pengalaman daripada jurulatih-jurulatih dari kelab terkenal dunia.

Dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Chelsea, Adidas Malaysia telah memilih seramai 30 orang remaja berumur dari 10-15 tahun dari Rumah HOPE dan Harvest Centre mengikuti klinik bola sepak bersama jurulatih-jurulatih dari kelab itu.

Menurut Pengurus Jenama Adidas Malaysia, Bryan Gee, program seperti bukan pertama kali dianjurkan oleh Adidas Malaysia kerana ia merupakan program penting pembangunan bola sepak dari peringkat akar umbi.

"Peluang seperti ini bukan mudah untuk dilaksanakan, lebih-lebih lagi bersama sebuah kelab terkenal dunia.

"Semua remaja yang terpilih ini dianggap bertuah kerana ia merupakan peluang seumur hidup untuk mendapat sentuhan daripada jurulatih-jurulatih dari kelab Chelsea.

"Walaupun tempoh agak pendek, namun sekurang-kurangnya pengalaman ini mampu membantu mereka menambahkan pengalaman dalam sukan bola sepak.

"Adidas Malaysia percaya dengan adanya program ini, ia mampu memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi yang lebih baik selepas ini," katanya kepada mstar Online.

Sementara itu, Pegawai Jurulatih Pembangunan Antarabangsa, David Monk menjelaskan program ini mula ditubuhkan di Malaysia pada tahun lalu.

"Program ini telah tubuhkan pada Julai 2011 dengan objektif untuk membantu pembangunan bola sepak secara global di peringkat awal.

"Ia merupakan peluang yang diberikan oleh Chelsea untuk berkongsi pengalaman dengan komuniti. Ini merupakan kali ketiga program komuniti dilaksanakan di sini dan kali kedua saya berada di Malaysia.

"Sememangnya saya teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh pemain-pemain muda dan kami akan terus merancang untuk kembali ke sini.

"Chelsea Blue Pitch ini menjadi tuan rumah bagi program ini di Malaysia," jelasnya yang telah bersama Kelab Chelsea selama 6 tahun.

Program ini dijalankan di Chelsea Blue Pitch di Damansara Damai selama tiga hari yang mana hari pertama dan kedua lebih kepada teori manakala hari ketiga adalah lebih kepada permainan atau taktikal.

Selain Malaysia, program ini juga turut diadakan di beberapa buah negara Asia yang lain.

Artikel Lain