suria

Batista Tiba Di Shanghai Shenhua

Ma Yue (kanan) menyambut Batista di Lapangan Terbang Shanghai Pudong, Jumaat.Foto: Reuters
Ma Yue (kanan) menyambut Batista di Lapangan Terbang Shanghai Pudong, Jumaat.Foto: Reuters
Ma Yue (kanan) menyambut Batista di Lapangan Terbang Shanghai Pudong, Jumaat.Foto: Reuters

BEKAS jurulatih Argentina, Sergio Batista tiba di Lapangan Terbang Shanghai Pudong bagi membincangkan dengan kelab Shanghai Shenhua mengenai jawatan barunya di situ.

Jurulatih 49 tahun itu hanya menganggukan kepala ketika ditanya mengenai perkata itu oleh Reuters.

Jurucakap kelab, Ma Yue kelihatan berada di lapangan terbang menyambut kedatangan Batista.

"Kami sudah hampir melantik dia sebagai ketua jurulatih, dan hanyan beberapa perkara yang perlu diselesaikan," katanya sambil menambah Batista belum bersedia untuk mengambil alih pasukan pada perlawanan Liga Super China Ahad ini.

Sebelum ini tugas itu diberikan kepada bekas pemain Chelsea Nicholas Anelka yang memikul tanggungjawab sebagai pemain dan jurulatih selepas bekas pemain antarabangsa Perancis, Jean Tigana dipecat setelah empat bulan berada di situ.

"Saya tidak tahu perkara ini dan tidak dengar apa-apa daripada pihak kelab. Saya hanya mendengar daripada media sahaja.

"Jika perkara ini betul, masalah komunikasi akan timbul di antara saya dan kelab kerana masalah bahasa," kata Anelka.

Artikel Lain