suria

Webber Julang Trofi Juara Di Monaco

Webber dinobatkan juara pada perlumbaan pusingan keenam itu.
Webber dinobatkan juara pada perlumbaan pusingan keenam itu.
Webber dinobatkan juara pada perlumbaan pusingan keenam itu.

PERSAINGAN perlumbaan Formula Satu (F1) 2012 tambah menarik ketika pemandu Red Bull, Mark Webber menamatkan perlumbaan Grand Prix Monaco di podium utama yang menyaksikan enam nama juara berbeza direkod daripada enam pusingan, musim ini.

Bermula di petak utama di Litar Monte Carlo jelas tidak dipersiakan pemandu kelahiran Australia itu yang menamatkan perlumbaan 78 pusingan 1 jam 46 minit 065 saat di depan pemandu Jerman dan Mercedes, Nico Rosberg ketinggalan +0.643s manakala pemandu Ferrari Fernando Alonso melengkapkan senarai podium di kedudukan ketiga ketinggalan +1.343s.

Selepas lima pusingan gagal menjadi juara, akhir Webber mencatat kemenangan di Monaco sekali gus menjadi kemenangan kelapan pelumba berusia 35 tahun itu sepanjang kariernya yang juga kejuaraan ketiga Red Bull di litar jalanan itu.

Webber, yang memulakan perlumbaan di petak pertama selepas pemandu Mercedes Michael Schumacher menerima denda dan terpaksa memulakan perlumbaan di petak keenam menguasai perlumbaan sejak awal di litar sempit itu dengan beberapa siri insiden berlaku yang turut membabitkan pemandu Britain, Jenson Button.

Vettel, yang memenangi kejuaraan di litar sama tahun lalu berpuas hati di kedudukan keempat di depan pemandu Britain, Lewis Hamilton yang masih gagal menjulang kejuaraan musim ini bersama McLaren kelima manakala pemandu Brazil, Felipe Massa, menamatkan kedudukan keenam bersama Ferrari.

Pemandu Sepanyol, Alonso mendahului senarai keseluruhan dengan 76 mata, kelebihan tiga mata di depan gandingan Red Bull, Vettel dan Webber.

SENARAI PENUH PEMENANG GP MONACO:

1.Mark Webber - Red Bull Racing-Renault

2.Nico Rosberg - Mercedes

3.Fernando Alonso - Ferrari

4.Sebastian Vettel - Red Bull Racing-Renault

5.Lewis Hamilton - McLaren-Mercedes

6.Felipe Massa-Ferrari

7.Paul di Resta- Force India-Mercedes

8.Nico Hulkenberg-Force India-Mercedes

9.Kimi Räikkönen-Lotus-Renault

10.Bruno Senna-Williams-Renault

KEDUDUKAN PEMANDU SELEPAS ENAM PUSINGAN:

1. Fernando Alonso -Ferrari (76 mata)

2. Sebastian Vettel-Red Bull (73)

3. Mark Webber- Red Bull (73)

4. Lewis Hamilton-McLaren-Mercedes (63)

5. Nico Rosberg-Mercedes (59)

6. Kimi Räikkönen-Lotus-Renault (51)

7. Jenson Button-McLaren-Mercedes (45)

8. Romain Grosjean-Lotus-Renault (35)

9. Pastor Maldonado-Williams-Renault (29)

10. Sergio Perez- Sauber-Ferrari(22)

KEDUDUKAN PASUKAN SELEPAS ENAM PUSINGAN:

1. Red Bull Racing-Renault 146 mata

2. McLaren-Mercedes 108

3. Ferrari 86

4. Lotus-Renault 86

5. Mercedes 61

6. Williams-Renault 44

7. Sauber-Ferrari 41

8. Force India-Mercedes 28

9. STR-Ferrari 6

Artikel Berikut

Artikel Lain