SERENA Williams adalah pemain pilihan ramai apabila kejohanan tenis terbuka Perancis membuka tirainya minggu ini setelah dia mencatatkan 17 kemenangan di atas gelanggang tanah liat bagi tahun 2012.Tetapi sebaliknya Serena mencatat sejarah lain iaitu buat pertama kalinya dia tewas pada pusingan pertama dalam mana-mana siri Grand Slam. Dia tewas 4-6 7-6 6-3 di tangan Virginie Razzano.Serena merupakan juara Grand Slam 13 kali manakala ini adalah kemenangan yang pertama buat Razzano, 29, ke atas Serena.Sejak pertama kali memenangi kejuaraan Grand Slam pada tahun 1999 iaitu pada Terbuka Amerika, inilah kekalahan paling mengejutkan dalam sejarah karier Serena.