suria

Euro 2012: Ireland 1 Croatia 3

SHAY GIVEN, penjaga gol veteran Ireland memulakan kempen Euro 2012 dengan mimpi buruk di Poznan apabila melepaskan 3 gol dalam perlawanan menentang Croatia.

Ireland tewas 1-3 dalam perlawanan Kumpulan C awal pagi semalam.

Malah penjaga gol Aston Villa yang telah mewakili Ireland sebanyak 123 kali itu turut 'menjaringkan gol' sendiri dengan melepaskan gol ketiga secara tidak sengaja.

Ini adalah kekalahan terburuk Ireland sejak tewas 0-3 di tangan Ausralia pada Ogos 2009.

Kini pasukan bimbingan Giovanni Trapattoni perlu memenangi perlawanan seterusnya menentang Sepanyol dan Itali untuk menghidupkan semula peluang mereka untuk ke peringkat suku akhir.

Ireland menunggu selama 10 tahun untuk bertanding dalam pusingan akhir satu kejohanan besar seperti Euro 2012 ini.

REP OF IRELAND: Given 5, O’Shea 5, St Ledger 7, Dunne 6, Ward 5, McGeady 6, Whelan 6, Andrews 6, Duff 6, Doyle 5, Keane 7. Simpanan: Walters (Doyle 53) 5, Cox (McGeady 54) 5, Long (Keane 75) 5.

CROATIA: Pletikosa 7, Srna 7, Corluka 5, Schildenfeld 6, Strinic 6, Vukojevic 7, Rakitic 7, Modric 8, Perisic 7, Mandzukic 9, Jelavic 7. Simpanan: Kranjcar (Jelavic 72) 5, Eduardo (Perisic 89) 5, Dujmovic (Rakitic 90) 5.

Shay Given, Euro 2012, Poznan, Kumpulan C

Artikel Lain