suria

Euro 2012: Sepanyol Singkirkan Croatia Untuk Mara Ke Suku Akhir

Casillas (kanan) menyelamatkan cubaan pemain Croatia, Ivan Rakitic pada aksi Kumpulan C, awal pagi Selasa.
Casillas (kanan) menyelamatkan cubaan pemain Croatia, Ivan Rakitic pada aksi Kumpulan C, awal pagi Selasa.
Casillas (kanan) menyelamatkan cubaan pemain Croatia, Ivan Rakitic pada aksi Kumpulan C, awal pagi Selasa.

PASUKAN Sepanyol menewaskan Croatia 1-0 sekaligus bergelar juara bagi Kumpulan C pada aksi di Gdansk awal pagi Selasa.

Kemenagan tipis skuad Vicente del Bosque ini bukan mudah kerana perlu mengambil masa 88 minit melalui jaringan Jesus Navas untuk menewaskan kubu pertahanan Croatia.

Malah kapten pasukan Iker Cassilas telah bekerja keras dengan menyelamatkan beberapa percubaan bahaya oleh pemain-pemain Croatia.

"Kami sedar mereka tidak akan berdiam diri dan cuba memenangi perlawanan ini.

"Mereka juga mempunyai banyak peluang dan kita bernasib baik kerana Iker telah melakukan tugasnya dengan cemerlang," jelas Del Bosque.

Kemenangan ini juga membawa pasukan Sepanyol mara ke suku akhir dan bakal bertemu dengan naib juara Kumpulan D, sama ada Perancis, England, mahupun Ukraine.

Manakala kekalahan ini juga bermakna Croatia tersingkir daripada saingan seterusnya.

Senarai pemain

Croatia:

1-Stipe Pletikosa; 21-Domagoj Vida, 5-Vedran Corluka, 13-Gordon Schildenfeld, 2-Ivan Strinic; 7-Ivan Rakitic, 8-Ognjen Vukojevic; 11-Darijo Srna, 10-Luka Modric, 6-Danijel Pranjic; 17-Mario Mandzukic/

Sepanyol:

1-Iker Casillas; 17-Alvaro Arbeloa, 15-Sergio Ramos, 3-Gerard Pique, 18-Jordi Alba; 8-Xavi, 16-Sergio Busquets, 14-Xabi Alonso; 21-David Silva, 9-Fernando Torres, 6-Andres Iniesta

Pengadil: Wolfgang Stark (Jerman)

Artikel Lain