suria

Euro 2012: Motta Belum Pasti Beraksi Menentang England

Thiago Motta
Thiago Motta
Thiago Motta

PEMAIN tengah Itali, Thiago Motta belum pasti berada dalam skuad utama menjelang pertemuan dengan England awal pagi Isnin ini berdasarkan kecederaan hamstring yang dialaminya.

Doktor pasukan, Enrico Castellacci mengumumkan perkara itu kepada media pada Jumaat.

Katanya, Motta boleh berlatih tetapi kecergasannya perlu dipantau dalam tempoh terdekat untuk memastikan kecederaan itu tidak timbul sebarang risiko.

Pemain kelahiran Brazil itu sebelum ini beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan dan kemungkinan besar tempatnya akan digantikan oleh Riccardo Montolivo bersama Antonio Nocerino serta Alessandro Diamanti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain