Prandelli tidak berpuas hati dengan tempoh rehat atau latihan sebelum aksi separuh akhir, awal pagi Jumaat ini. JURULATIH Itali, Cesare Prandelli cemburu dengan persediaan pasukan Jerman kerana mempunyai kelebihan dua hari berbanding pasukannya dalam persediaan menjelang aksi separuh akhir Euro 2012 awal pagi Jumaat ini.Pasukan Azzurri menang ke atas England menerusi sepakan penalti pada aksi suku akhir awal pagi Isnin (semalam), manakala pasukan Jerman menang ke atas Greece pada Jumaat lalu. Ini bermakna, Itali hanya melakukan persediaan dalam tempoh empat hari, manakala skuad Jerman kelebihan dua hari."Masalah ini perlu diambil berat oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) pada kejohanan akan datang."Untuk bermain pada aski separuh akhir dengan tempoh rehat yang pendek tidak akan membantu persembahan," jelasnya.Dua pemain tengah utama Prandelli, Daniele De Rossi dan Ignazio Abate kemungkinan besar tidak berada dalam skuad utama setelah beraksi selama 120 minit dengan England semalam."Kami bertemu dengan pasukan yang kuat. Kami juga perlu mengelak kelemahan kecil ketika bermain. Ia perlawanan sukar, dan minit terakhir yang akan menentukan kesimbangan permainan."Apabila kami tahu siapa yang cergas, kami akan pilih pemain mana yang akan beraksi nanti."Saya yakin kami akan mengharungi satu lagi perlawanan sengit. Dalam sama juga kami telah menilai tahap permainan tetapi perlu mangambil risiko pada perlawanan nanti."Kami akan melakukan yang lebih baik dan bertanggungjawab mencubanya. Generasi baru mahu melihat permainan bola sepak seperti ini."Dan kami perlu idea yang yang baik ketika di padang," jelas Prandelli.