suria

Faiz Tekad Robek Pintu Gol Sarawak

KUALA TERENGGANU: Penyerang skuad T-Team Mohd Faiz Subri bertekad mahu merobek gol lawan seawal mugkin pada perlawanan menentang pasukan Sarawak pada Selasa.

Sasaran yang diletakkan pemain berusia 25 tahun itu bagi menebus kekecewaan pasukannya setelah tewas dua kali berturut-turut pada perlawanan menentang pasukan Perak dan Felda United baru-baru ini.

Katanya setelah mencatatkan keputusan itu beliau bersama pemain yang lain yakin mampu menggempur kubu lawan bagi mengubah kedudukan dalam baki empat perlawanan yang tinggal.

"Biarpun sebelum ini pasukan kami tewas namun itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjuang menghabiskan baki Liga Super yang tinggal.

"Sebaliknya kami belajar dari kesilapan dan perlu bangkit bagi memastikan T-Team mampu bersaing bersama pasukan lain," katanya.

Pada aksi menentang Perak pada 26 Jun lalu pasukan T-Team tewas dengan jaringan 3-2 di tempat lawan dan pada perlawanan menentang Felda United Sabtu lalu pasukan itu sekali lagi diaibkan di hadapan penyokong sendiri setelah tewas 0-1.

Pasukan T-Team kini menghuni tangga ketujuh setelah berjaya mengumpul 28 mata hasil 21 perlawanan.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

FAM Tunggu Aduan Rasmi Kafa

Artikel Lain