Pemenang Super Gunners pusingan kedua Anis (kiri) dan Abdul Hakeem. Foto: AHMAD IZZRAFIQ ALIAS/The Star. SUBANG JAYA: Bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Anis Adiba Othman dan bakal peguam, Abdul Hakeem Aiman Affandi diumumkan sebagai pemenang pusingan kedua peraduan cabaran Super Gunners pada Rabu.Abdul Hakeem, 24, dan Anis, 23 tahun merupakan pemenang terakhir bagi peraduan ini sempena Jelajah Arsenal 2012 yang dianjurkan oleh ProEvents. Sebelum ini, dua pemenang telah diumumkan iaitu Fatin Shafira dan Zafirah Zakaria.Kesemua pemenang berjaya mendapat tiket VIP untuk menyaksikan skuad The Gunners menentang Kitchee FC di Hong Kong dengan segalanya perbelanjaan ditanggung oleh ProEvents.Bukan sahaja berpeluang bertemu dengan pemain-pemain pujaan, malah mereka juga turut diberi wang tunai bernilai HK$5,000.Menurut Anis, peluang ini dianggap sebagai mimpi menjadi kenyataan."Saya sememangnya penyokong setia Arsenal sejak 2008. Pada mulanya saya hanya menghantar klip video secara suka-suka, namun selepas melihat ada pemenang yang diumumkan sebelum ini, saya terus cuba membuat lain daripada yang lain."Saya belajar dalam bidang penyiaran, dan saya cuba buat animasi 'slow motion'."Kemenangan ini amat bermakna bagi saya dan ia tidak boleh dibeli dengan wang ringgit," ujar gadis kelahiran Perlis ini.Sementara itu, Abdul Hakeem berkata, dia sememangnya berharap untuk menang dan langsung tidak menduga namanya terpilih."Penyertaan terlalu ramai dan saya cuba mencipta situasi yang lain dari lain."Saya selalu berangan untuk bertemu secara langsung dengan pemain-pemain Arsenal sejak 12 tahun lalu, dan kini ia bakal menjadi kenyataan."Saya harap dapat bertemu dengan pemain pilihan saya, Robin van Persie dan akan cuba memujuk dia kekal di Arsenal," jelas Abdul Hakeem yang mula meminati Arsenal sejak 2004.