suria

Chong Wei Masih Mampu Beraksi Di Olimpik 2016

Chong Wei diharap boleh beraksi pada Sukan Olimpik 2016.
Chong Wei diharap boleh beraksi pada Sukan Olimpik 2016.
Chong Wei diharap boleh beraksi pada Sukan Olimpik 2016.

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yakin Datuk Lee Chong Wei masih lagi mampu beraksi sehingga ke peringkat yang lebih tinggi selepas meraih perak pada Sukan Olimpik 2012.

Selepas kekecewaan menewaskan pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China pada aksi akhir minggu lalu, khabar angin tersebar mengatakan Chong Wei bakal bersara dalam aksi Sukan Olimpik.

Namun Ahmad Shabery yakin keputusan itu bukanlah yang tekad oleh Chong Wei memandangkan beberapa faktor yang dilihat.

"Saya rasa baik kita dulu izinkan Datuk Chong Wei berehat dulu kerana beliau terlalu penat berjuang dan turut kecewa dengan kekalahan baru-baru ini.

"Bagi saya soal bersara tidak timbul kerana ramai pemain-pemain yang telah berumur yang tidak mengalah seperti Peter Gade (Denmark) atau Taufik Hidayat (Indonesia) yang masih meneruskan perjuangan mereka.

"Badminton adalah darah daging beliau (Chong Wei), dunianya kecuali jika beliau ada perancangan sendiri.

"Bagi saya umur 29 bukanlah terlalu tua kerana matlamat masih ada, malah tempoh empat tahun bukanlah lama dan masih dalam jangkauan bagi seorang pemain yang ingin sampai ke tahap tertinggi.

"Dan kalau kita lihat, tidak banyak perbezaan antara Chong Wei dan Lin Dan. Tetapi ada jurang dengan pemain lain seperti Chen Long.

"Jika beliau terus mengekalkan kecergasannya, saya yakin Chong Wei mampu bertahan lebih lama sebagai juara," katanya kepada media pada Majlis Berbuka Puasa bersama kementerian Belia Dan Sukan (KBS), Rabu.

Sementara itu, Ahmad Shabery juga turut mengulas mengenai prestasi keseluruhan atlet-alte negara yang beraksi di London.

"Setakat ini saya tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana masih ada tiga aksi atlet kita di London.

"Namun sehingga kini harapan untuk meraih emas tidak tercapai. Pun begitu saya tetap memuji beberapa atlet negara yang telah mempamerkan aksi cemerlang.

"Selain aksi Chong Wei yang jauh lebih baik berbanding prestasi di Beijing empat tahun lalu, tumpuan kita juga kepada pemanah muda negara, Khairul Anuar Mohamad yang berjaya berada dalam kelompok lapan tertinggi dunia selepas mengalahkan juara dunia dari England di London.

"Manakala Azizulhasni Awang juga turut mempamerkan prestasi baik dengan mara ke final dan menjadi satu-satunya pelumba dari Asia bersaing dengan pelumba-pelumba dari Eropah," tambahnya.

Ahmad Shabery berkata, selepas tamat Sukan Olimpik ini, pihaknya akan membuat satu post-mortem mengenai prestasi atlet negara di Sukan Olimpik London bagi memastikan perancangan yang lebih teliti dapat diadakan bagi menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Brazil.

Selain mengkaji peruntukan kewangan bagi program persediaan atlet, kementerian itu juga perlu mencari jalan dalam mempertingkatkan kemampuan atlet negara bertanding di peringkat antarabangsa.

"Kita tidak mahu empat tahun lagi, kita terpaksa berhadapan dengan suasana sama yang mana kita berharap untuk mendapat pingat emas, dan tiba-tiba rakyat dikecewakan lagi," katanya.

Artikel Lain