PENYERANG Athletic Bilbao dan Sepanyol, Fernando Llorente secara rasmi memaklumkan bahawa beliau tidak akan menandatangani kontrak baru selepas kontraknya tamat menjelang penghujung musim ini sekaligus mencetus minat segera beberapa kelab ternama Eropah termasuk Juventus.Presiden Bilbao, Josu Urrutia berkata, penyerang berusia 27 tahun itu kini bebas untuk berunding dengan mana-mana kelab sebelum hujung bulan ini. "Llorente dan ejennya, telah memaklumkan secara rasmi kepada kelab bahawa mereka tidak akan menandatangani kontrak baru," kata Urrutia.Pengurus Besar Juventus, Beppe Marotta mengesahkan yang mereka memang dalam rundingan untuk membawa pemain itu ke Itali.Pemain tinggi lampai itu adalah hasil produk Akademi Remaja Kelab Bilbao dan membuat penyertaan sulungnya dalam pasukan utama pada Januari 2005.Musim lalu, Llorente telah menjaringkan 17 gol dalam 32 perlawanan liga untuk Bilbao serta menjaringkan tujuh gol dalam 15 perlawanan di peringkat Eropah sekaligus membawa kelab tersebut ke perlawanan akhir Liga Europa sebelum tewas kepada Atlético Madrid.