suria

O' Shannessy Sertai Perlumbaan Malaysia Merdeka Endurance

KUALA LUMPUR: Pelumba Australia Chris O’Shannessy akan kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk bersaing dalam perlumbaan 12 jam Malaysia Merdeka Endurance (MME) dari 27 Ogos hingga 1 September ini.

O'Shannessy yang akan berkongsi memandu Wing Hin Motorsport-TRD Kuala Lumpur Toyota Altezza, berkata pasukan itu bersedia menggunakan pengalaman beberapa tahun dalam perlumbaan kereta lasak dan berharap dapat meningkatkan pencapaian dengan meraih kemenangan podium pada saingan kali ini.

"Saya memang berharap dapat kembali berlumba di sini bersama pasukan yang hebat. Kami mencatatkan beberapa pencapaian tahun lepas dan yakin banyak lagi kejayaan pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Beliau berkata, pasukannya telah melakukan banyak pengubahsuaian terhadap kereta dengan memasukkan beberapa komponen terbaik seperti sistem penyaman udara pemandu dan kotak gear baru.

Perlumbaan kereta lasak MME yang memasuki edisi ke-13 tahun ini, sekali lagi bakal menyaksikan pasukan antarabangsa, pemandu dan krew dari seluruh dunia bersaing dalam perlumbaan selama 12 jam melibatkan 1,500km serta 260 pusingan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Argentina Benam Jerman 3-1

Artikel Lain