suria

Berbatov Akan Sertai Fulham: Marotta

Giuseppe Marotta
Giuseppe Marotta
Giuseppe Marotta

PENGARAH Juventus, Giuseppe Marotta mengesahkan penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov telah menolak tawaran untuk ke kelab Serie A, malah akan memilih Fulham sebagai destinasi terbarunya.

Laporan pada Rabu oleh Goal.com mengatakan bekas penyerang Bulgaria ini akan ke kelab di Turin musim ini, namun sebaliknya berlaku selepas perbincangan dengan Fiorentina gagal dicapai.

Bagaimanapun, menurut Marotta, pemain berusia 31 tahun itu lebih berminat untuk bersama bekas jurulatihnya, Martin Jol di Craven Cottage.

Berbatov bermain di bawah Jol ketika pengurus kelahiran Belanda itu mengendalikan Hotspurs dan bekas bekas pemain Bayer Leverkusen ini juga bercadang untuk kembali bersama pengendali berusia 56 tahun itu di West London setelah tidak lagi menjadi pemain pilihan di Old Trafford.

Menurut Marotta kepada Sky Itali: "Kami telah menghubungi Manchester United (Rabu) dan mendapat tahu pemain itu menolak tawaran Fiorentina.

"Selepas itu kami menghubungi agen pemain tersebut dan dia ada memberitahu bahawa Berbatov turut mendapat tawaran daripada bekas jurulatihnya di Fulham.

"Kami juga turut menghubungi Manchester United untuk mendapatkan pemain itu, namun dia telah mengecewakan Fiorentina kerana ada menerima tawaran dari Fulham.

"Tetapi dia (Berbatov) juga mahu menilai sekali lagi tawaran kami dan akan memberi keputusan malam ini.

"Berbatov mahu tinggal di England kerana keluarganya. Ia adalah pilihan berdasarkan kehidupan keluarga, bukan kerana duit semata-mata.

"Sebelum ini dia berada di Munich kerana isterinya lahir di sana. Juventus dapat menerima alasan ini dengan baik dan terbuka."

Artikel Lain