suria

Ariez Bukan Tandingan Sijsling, Tewas Aksi Pembukaan

Ariez tewas pada aksi pusingan pertama Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia Jelajah Dunia ATP, Isnin.
Ariez tewas pada aksi pusingan pertama Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia Jelajah Dunia ATP, Isnin.
Ariez tewas pada aksi pusingan pertama Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia Jelajah Dunia ATP, Isnin.

KUALA LUMPUR: Wakil tunggal negara yang beraksi secara wild card dalam pusingan pertama Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia Jelajah Dunia ATP, Ariez Elyaas Deen Heshaam tewas kepada pemain Belanda, 2-6,1-6 di Stadium Putra Bukit Jalil, Isnin.

Ternyata perbezaan dari segi pengalaman membuatkan Ariez kelihatan gugup, tambahan pula ini merupakan kali pertama dia beraksi dalam aksi undian utama ini.

Pemain kelahiran Sarawak berusia 18 tahun ini mula menyertai kejohanan bertaraf ATP 250 sejak dua tahun lalu, namun hanya beraksi dalam saingan kelayakan.

Ariez megikut jejak langkah seorang lagi pemain senior negara, Si Yew Ming yang turut menerima tiket wild card beraksi dalam saingan utama pada tahun 2010.

"Saya berpuas hati dengan permainan tadi walaupun pada awalnya sedikit gementar.

"Dia (Sijsling) seorang pemain yang kuat, namun saya cuba memberi saingan dan tidak mudah memberi mata kepadanya," jelas Ariez kepada media selepas perlawanan.

Ariez yang dilatih bapanya, Deen Heshaam menganggap perlawanan ini satu landasan untuk bermain lebih baik lagi selepas ini.

"Aksi tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas. Tahap keyakinan saya semakin baik.

"Saya memerlukan sedikit lagi masa untuk perbaiki permainan dan harap selepas ini lebih banyak kejohanan yang akan disertai selepas ini," tambahnya.

Sementara itu, Sijsling yang kini menduduki ranking ke-73 dunia selepas beraksi pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat baru-baru bakal bertemu Lukas Lacho dari Slovakia atau Feliciano Lopez (Sepanyol) pada pusingan kedua nanti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain