KUALA LUMPUR: Kelantan menumpaskan Felda United 2-1 dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia, yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka, Sabtu malam.Gol Kelantan dijaringkan melalui tendangan Mohd Nurul Azwan pada minit ke-56 sebelum Indra Putra Mahayuddin menambah jaringan pada minit ke-74. Felda bangkit merapatkan jurang apabila Khairan Ezuan Razali menanduk masuk bola ke gawang Kelantan pada minit ke-78. BERNAMA