suria

Bolton Sah Pecat Owen Coyle

Owen Coyle
 Owen Coyle
Owen Coyle

SAH! Bolton Wanderers memutuskan untuk memecat pengurus mereka Owen Coyle selepas permulaan yang buruk musim ini.

Bolton, yang tersingkir ke bahagian satu liga Inggeris musim ini kini tercorot di tangga ke-18 selepas hanya mencatatkan tiga kemenangan daripada 10 perlawanan.

Kini bekas pengurus Wolves, Mick McCarthy disebut-sebut sebagai penganti Coyle. Selain beliau, turut disebut-sebut sebagai calon pengurus yang baru ialah bekas penyerang Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer dan bekas penolong pengurus Liverpool, Sammy Lee.

Lee sekarang adalah sebahagian daripada staf kejurulatihan di Bolton.

Coyle menerima kenyataan yang dia akan dipecat dengan menegaskan keputusan tersebut adalah keputusan yang sukar untuk diambil oleh Pengerusi Bolton, Phil Gartside.

Tetapi, katanya, satu keputusan perlu dibuat dan semua orang perlu mengorak langkah seterusnya dalam kehidupan.

Gartside dalam satu kenyataan menegaskan: "Owen telah memberikan segala-galanya jiwa dan raga kepada Bolton dan dia telah memimpin kelab ini dengan penuh bermaruah khususnya ketika berhadapan dengan waktu-waktu yang sukar seperti ini."

Bagaimanapun beliau menambah, sekarang adalah masa yang sesuai untuk melakukan perubahan dan meletakkan kelab ini ke landasan yang sepatutnya.

Coyle meninggalkan kelab Burnley pada Januari 2010 untuk mengambil alih jawatan pengurus di Stadium Reebok dengan mengikat kontrak selama dua setengah tahun.

Pada musim pertamanya di Bolton, Coyle telah berjaya mengekalkan kelab itu di Liga Perdana Inggeris dengan menduduki tangga ke-18 tetapi gagal pada musim seterusnya.

Coyle juga pernah bermain untuk Bolton antara 1993-95.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain