Fuad berada di kedudukan ketiga pada sesi latihan bebas pertama, Jumaat.BARISAN pelumba Malaysia gagal memberikan aksi terbaik sekalipun berjaya menduduki kelompok tiga pelumba terpantas pada sesi latihan bebas hari pertama Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Penbay, Taiwan, Jumaat.Dalam kategori SuperSports 600cc, Ahmad Fuad Baharudin dari pasukan Bike A.R.T – Kawasaki Racing muncul pelumba terbaik negara setelah catatan terpantas 1 minit 46.738 saat meletakkannya di kedudukan ketiga, di belakang dua pelumba handalan dari Jepun, Katsuaki Fujiwara dan Ryuichi Kiyonari. Pendahulu keseluruhan, Fujiwara (Manual Tech BEET Kawasaki Racing) muncul pelumba terpantas dengan catatan masa terbaik 1:45.894s diikuti Kiyonari (MUSASHi Boon Siew Honda Racing), 1:46.416s.Sementara itu, dalam kategori Underbone 115cc, perasaan serupa turut dialami pelumba Pachie Yuzy Honda Racing, Mohd Amirul Ariff Musa.Catatan terpantas 2:02.209s yang dilakukan pada pusingan kesembilan berjaya meletakkannya di kedudukan kedua terbaik, mengatasi seorang lagi pelumba Malaysia, Ahmad Afif Amran (CKJ Yamaha Racing) dengan catatan 2:03.209s.Namun dia terpaksa bergelut dengan masalah saspensi terutama pada sesi latihan bebas pertama pada sebelah pagi.“Pada sesi pertama, kami terpaksa membuat keputusan untuk mencari pelarasan yang paling tepat dan selesa dengan saya berbanding untuk mencari catatan masa terbaik.“Selepas beberapa pusingan berada di atas litar, saya mula serasi dengan saspensi jentera dan juga permukaan litar sebelum berjaya melakukan catatan terbaik pada minit-minit akhir,” jelas Amirul.Catatan terpantas dimiliki oleh pelumba Indonesia, Rey Ratukore (Nissin R9 KYT Federal Oil BRT) dengan masa 2:01.179s.Dalam saingan Piala Impian Asia, Joshua Hook dari Australia muncul pelumba terbaik dengan catatan 2:00.941s diikuti pelumba Jepun, Hiroki Ono, 2:01.216s dan pelumba Thailand, Apiwat Wongthananon ketiga, 2:01.217s.Keputusan Latihan BebasSuperSports 600cc1.Katsuaki Fujiwara (Kawasaki) 1'45.894s2.Ryuichi Kiyonari (Honda) 1'46.416s3.Ahmad Fuad Baharudin (Kawasaki) 1'46.738s4.M.Fadli (Kawasaki) 1'46.751s5.Mohd Zamri Baba (Yamaha) 1'47.731sUnderbone 115cc1.Reynaldo Ratukore (Yamaha) 2'01.709s2.Amirul Ariff Musa (Honda) 2'02.209s3.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 2'03.109s4.Mohd Affendi Rosli (Honda) 2'03.608s5.Hadi Wijaya (Yamaha) 2'03.690sAsia Dream Cup1.Joshua Hook (AUS) 2'00.360s2.Hiroki Ono (JPN) 2'00.703s3.Apiwat Wongthananon (THA) 2'01.217s4.Fitri Ashraf Razali (MAS) 2'01.271s5.Denny Triyugo (INA) 2'02.189s