KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan apabila dengan mudah melangkah ke separuh akhir Kejohanan Yonex Terbuka Denmark di Odense, Denmark, malam Jumaat.Pemain nombor satu dunia itu tidak menghadapi masalah untuk menburu gelaran tersebut apabila menundukkan rakan senegara Liew Daren 21-16, 21-16 pada peringkat suku akhir. Chong Wei dijadual menentang pemenang antara Wong Wing Ki dari Hong Kong dan pemain tuan rumah Jan O Jorgensen pada separuh akhir esok. - BERNAMA