suria

Piala Malaysia: Ghaddar Terlepas Aksi Final

Ghaddar terlepas peluang beraksi pada final Piala Malaysia Sabtu ini.
Ghaddar terlepas peluang beraksi pada final Piala Malaysia Sabtu ini.
Ghaddar terlepas peluang beraksi pada final Piala Malaysia Sabtu ini.

KETIADAAN tonggak utama pasukan Kelantan, Mohammed Mahmoud Ghaddar pada pentas akhir Piala Malaysia 2012 memberi sedikit kelainan pada barisan jentera serangan pasukan kendalian Bojan Hodak di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Pemain kelahiran Lubnan ini digantung perlawanan kerana mengutip dua kad kuning pada aksi separuh akhir sebelum ini menjadikan dia sebagai penonton pada aksi 'hidup mati' menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) nanti.

Sudah pasti peminat-peminat fanatik The Red Warriors merasai 'kekurangan' di atas padang dengan ketiadaan pemain berusia 28 tahun ini yang seringkali menjadi ancaman kepada pihak lawan.

Gerak-geri pantas ketika menggelecek bola seperti yang dilakukan pada aksi separuh akhir menentang Selangor minggu lalu menjadi igauan sekaligus membawa Kelantan ke final buat kali kedua selepas 2010.

Biarpun pernah menimbulkan kontroversi kerana terlibat dalam pergaduhan pada aksi Liga Super Jun lalu dengan dua pemain Selangor, Ghaddar tetap mempamerkan aksi menarik sehingga namanya menjadi sebutan.

Rentetan kontroversi tersebut, dia telah didenda RM2,000 serta digantung satu perlawanan.

Pun begitu, ketiadaan Ghaddar ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada pemain-pemain pertahananan ATM pada aksi final nanti.

Bagaimanapun bekas pemain antarabangsa Lubnan ini tidak keseorangan di bangku penonton kerana Nurfarhan Muhammad akan menemaninya selepas turut dua kad kuning.

Selain itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berhubung penggantungan satu perlawanan yang dikenakan ke atas Norfarhan.

"Tidak ada apa yang boleh dilakukan FAM kerana keputusan itu adalah mengikut peraturan pertandingan," jelasnya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online , Jumaat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain