Abang Lee Chong Wei, Chong Hoon memegang kad jemputan perkahwinan adiknya yang akan diadakan pada 9 November ini. - Foto THE STAR KUALA LUMPUR: Majlis perkahwinan wira badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan pasangannya, Wong Mew Choo akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 dan 10 November ini. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'zam Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara orang kenamaan yang dijemput. Pengumuman mengenainya dibuat oleh abangnya, Lee Chong Hoon pada sidang media di sini semalam tanpa kehadiran Chong Wei kerana beliau sedang menyertai kejohanan Terbuka Denmark di Odense. -BERNAMA