Serena mencium trofi yang dimenangi pada Kejuaraan WTA TEB BNP di Istanbul, Ahad.PEMAIN tenis Amerika Syarikat, Serina Williams merangkul gelaran ketujuh musim ini selepas menewaskan pemain dari Rusia, Maria Sharapova pada kejohanan terakhir musim 2012 di Istanbul, Turki pada Ahad.Sebelum ini, Williams turut menjulang trofi Wimbledon, Terbuka Amerika Syarikat, pingat emas Olimpik London, Madrid, Charleston dan Stranford. Jelas pemain berusia 31 tahun ini, kejayaan di Istanbul ini begitu bermakna baginya."Saya terlalu mengharapkan trofi ini walaupun saya tidak memberitahu kepada sesiapa."Ia adalah untuk rekod peribadi sendiri. Saya mahu menamatkan catatan musim ini dengan baik," jelasnya,Selepas memulakan aksi perlahanan berikutan kecederaan di buku lali ketika beraksi di Brisbane awal tahun ini, Williams telah mencatat rekod kemenangan dalam semua perlawanan dengan 58 menang dan 4 kali kalah.Sementara itu, Sharapova akur dengan kekalahannya kepada Williams kali ini."Dia sekali lagi mempamerkan pukulan yang sempurna, dan sudah pastinya saya tidak dapat melakukan break point."Dan sebab itu jugalah dia merupakan juara terhebat dan mempunyai catatan rekod baik sepanjang kariernya," jelas Sharapova yang tewas 10 kali dan menang dua kali ke atas Williams sebelum ini.