Reaksi Terry ketika mengalami kecederaan tunjang otot pada lutut akibat bertembung dengan Luis Suarez.CHELSEA yang hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Liverpool awal pagi tadi kini dimaklumkan dengan satu lagi berita buruk - mereka berkemungkinan besar akan kehilangan khidmat kapten John Terry sepanjang baki musim ini.Kecederaan tunjang otot pada lutut yang dialami oleh kapten berusia 31 tahun itu ketika bertembung dengan Luis Suarez sangat teruk dan memerlukan tempoh yang panjang untuk pulih. Terry sebelum itu telah menjaringkan gol Chelsea melalui tandukan yang cantik dan kencang.Beliau dijadualkan untuk menjalani imbasan MRI pada lewat Isnin.Suarez yang kemudiannya turut menjaringkan gol penyamaan Liverpool telah menyatakan rasa bimbangnya dengan kecederaan yang dialami Terry.