KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Terbuka Hong Kong di Kowloon, Hong Kong, Sabtu.Chong Wei, pemain nombor satu dunia dan pilihan utama, berjaya menundukkan pemain Vietnam Nguyen Tien Ming 21-18, 21-19 dalam masa 34 minit pada perlawanan pada suku akhir. Pada separuh akhir, Chong Wei akan menentang pemain Jepun dan pilihan keenam Kenichi Tago yang menumpaskan pemain negara Mohamad Arif Abdul Latif 21-12, 21-15.Dalam pada itu ,beregu campuran negara Chan dan Goh mengalahkan Yoo Yeon Seong/Jang Ye Na dari Korea Selatan 23-25, 21-16, 21-15 untruk bertemu pilihan utama dan pasangan nombor tiga dunia, Xu Chen/Ma Jin dari China pada separuh akhir.Selain itu, beregu utama negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong, yang menempah tiket separuh akhir semalam, akan menentang beregu Taiwan, Lee Sheng Mu dan Tsai Chia Hsin.