suria

Terbuka Hong Kong: Chong Wei, Koo/Tan Mara Ke Akhir

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei dan pasangan beregu utama negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong melayakkan diri ke perlawanan akhir kejohanan Terbuka Hong Kong di Kowloon, Hong Kong Sabtu.

Chong Wei selaku pemain pilihan pertama mengalahkan pemain pilihan keenam Kenichi Tago dari Jepun 21-19, 21-15 dalam perlawanan separuh akhir perseorangan lelaki.

Pemain berusia 30 tahun itu akan bertemu pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir; antara Chen Long dari China dan Tommy Sugiarto dari Indonesia yang akan berlangsung lewat malam ini.

Sementara itu, dalam perlawanan beregu lelaki, Koo dan Tan akan menentang pemenang perlawanan antara beregu China Liu Xiaolong/Qiu Zihan dan Cai Yun/Fu Haifeng dalam perlawanan akhir esok.

Pasangan beregu nombor empat dunia itu menumpaskan Lee Sheng Mu dan Tsai Chia Hsin dari Taiwan 22-20, 21-13. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain