Nasri (kanan) menerima kad merah selepas dilihat menanduk Bassong.LONDON: Manchester City tidak akan mengemukakan rayuan berhubung layangan kad merah yang diterima pemain tengahnya, Samir Nasri pada aksi menentang Norwich, Sabtu lalu.Pemain kebangsaan Perancis itu dibuang padang pada babak pertama selepas didakwa menanduk Sebastian Bassong. Sebaik saja tamat perlawanan, Pengurus City, Roberto Mancini menegaskan kelab itu akan membuat rayuan berhubung insiden tersebut.Bagaimanapun, kelab itu kini mengumumkan mereka tidak akan membuat sebarang rayuan.Pada perlawanan di Carrow Road itu, City menewaskan Norwich 4-3.