suria

40 Pelayar Negara Sertai Regata Perdana Antarabangsa Langkawi

LANGKAWI: Pelayar elit negara Khairul Nizam Mohd Afendy akan mengetuai cabaran Malaysia pada Regata Perdana Antarabangsa Langkawi 2013 selama lima hari bermula 23 Januari ini.

Timbalan Presiden Persatuan Perahu Layar Kedah Mohd Afendy Abdullah berkata Khairulnizam adalah antara 40 pelayar Malaysia dari skuad elit dan pelapis kebangsaan yang akan beraksi pada kejohanan itu.

"Khairul Nizam yang pernah beraksi pada Sukan Olimpik 2012 di London akan menyertai acara laser standard pada kejohanan itu," katanya di sini, Khamis.

Katanya sebanyak 200 pelayar dari dalam dan luar negara telah mengesahkan penyertaan mereka.

Beberapa negara seperti Hong Kong, Myanmar, India, Bahrain, Indonesia, Thailand dan Singapura turut menyatakan kesediaan menyertai kejohanan itu.

Sebanyak 10 kategori akan dipertandingkan pada regata itu. - BERNAMA

Artikel Lain