suria

UEFA: Man United Bakal Berdepan Dengan Tindakan Disiplin

Pengadil dari Turki, Cakir (dua kiri) mengarahkan Nani keluar padang selepas menerima kad merah.
Pengadil dari Turki, Cakir (dua kiri) mengarahkan Nani keluar padang selepas menerima kad merah.
Pengadil dari Turki, Cakir (dua kiri) mengarahkan Nani keluar padang selepas menerima kad merah.

KESATUAN Bola Sepak Eropah (UEFA) mula membuka fail disiplin kepada Manchester United selepas Nani mendapat kad merah pada aksi Liga Juara-Juara (CL) bertemu Real Madrid Selasa lalu, dan juga tindakan pengurus tidak menghadiri sidang media selepas perlawanan.

Pengurus pasukan, Sir Alex Ferguson dilihat berang dengan tindakan pengadil melayangkan kad merah kepada Nani selepas melakukan tindakan kasar kepada pemain Real Madrid, Alvaro Arbelo pada minit ke-56 yang mana ketika itu United mendahului dengan 1-0.

Namun selepas itu, dengan kelebihan bermain sepuluh orang, Madrid bangkit menjaringkan dua gol sekaligus menang dengan agregat 3-2.

Ferguson tidak hadir pada sidang media selepas perlawanan, namun penolongnya, Mike Phelan hadir dan memberitahu pengurus itu berada dalam keadaan kecewa.

UEFA sebelum ini berkata, tidak ada masalah dengan pengadil Cuneyt Cakir dan mempertahankan keputusan ke atas Nani.

"Kami tidak ada masalah dengan dia. Tidak isu yang timbul berdasarkan tindakan itu dan kami menunggu laporan rasmi perlawanan, dan penilaian ke atas pengadil adalah satu prosedur.

"Jika ada keraguan, kami akan ambil perhatian," jelas jurucakap UEFA kepada Guardian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain