PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan beraksi menentang pemain China, Cheng Long peringkat akhir Kejohanan Badminton All-England pada Ahad.Aksi jaguh badminton negara itu akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Supersports (811) pada pukul 8 malam Ahad. Seandainya Chong Wei memenangi perlawanan akhir ini ia akan menjadi gelaran ketiganya dalam kejohanan itu selepas 2011 dan 2010.