KUALA LUMPUR: Jawatan Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) yang disandang oleh Prof Datuk Dr Zakaria Ahmad selama 35 tahun akhirnya bertukar tangan pada pemilihan persekutuan itu, di sini, Sabtu.Timbalan Presiden MGF, A. Razak Mat Amin memenangi jawatan itu tanpa bertanding apabila Prof Dr Zakaria menarik diri pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-18 di Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini. Jawatan presiden itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu namun Prof Dr Zakaria menarik diri di saat akhir untuk memberi laluan kepada A. Razak memimpin badan sukan itu."Ini merupakan satu tanggungjawab dan cabaran besar...saya ingin menyegarkan semula minat sukan gimnastik di kalangan orang ramai," kata A. Razak, yang juga Presiden Persatuan Gimnastik Terengganu, kepada Bernama, selepas diumumkan sebagai presiden baharu.Beliau berkata cabaran yang paling utama terpaksa dihadapinya adalah untuk membawa skuad gimnastik negara ke Sukan Olimpik pada 2016 dan 2020 nanti.Beliau juga berhasrat untuk memberi tumpuan kepada pembangunan sukan itu dari peringkat akar umbi agar skuad kebangsaan tidak menghadapi ketandusan atlet untuk kejohanan antarabangsa.Senarai Pemegang Jawatan MGF:Presiden: A. Razak Mat Amin (Terengganu)Timbalan Presiden: Kaurgit Kaur (Selangor) Naib Presiden: Datuk Tan Gin Soon (Pulau Pinang), Azmi Hassan (Putrajaya), Petrina Low Lai Hun (Kuala Lumpur).Setiausaha Kehormat: N.Shanmugarajah.BERNAMA