SEPANG: Edisi ke-15 perlumbaan Grand Prix Formula Satu Petronas Malaysia (GP Malaysia) 2013 menyaksikan pelumba pasukan Infiniti Red Bull, Sebasttian Vettel berjaya dinobatkan juara selepas meguasai Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada aksi perlumbaan pusingan kedua F1 pada Ahad.Vettel mencatat masa 1:38.912 menewaskan rakan sepasukan, Mark Webber (1:45.520) yang berada di tempat kedua, manakala kedudukan ketiga dimenangi pelumba pasukan Mercedes AMG Petronas F1, Lewis Hamilton (1:43.359.) Juara dunia 2010,2011 dan 2011 ini mula memberi tekanan kepada rakan sepasukannya sebelum memintas Webber, sekaligus mendahului perlumbaan sehingga lap terakhir.Hamilton sebelum itu menjadi tumpuan seketika selepas tersalah memasuki 'pitstop' pasukan lamanya, Vodafone McLaren Mercedes.Rakan sepasukan Hamilton, Nico Rosberg berada di tempat keempat, manakala Felipe Massa (Scuderia Ferrari) di tempat kelima.Dalam pada itu, pelumba Scuderian Ferrari, Fernando Alonso gagal meneruskan perlumbaan selepas pada aksi lap pertama jenteranya mengalami masalah teknikal.Alonso pernah menjuarai perlumbaan di Sepang pada tahun 2012,2007 dan 2005.Bagaimanapun kemenangan itu menimbulkan kemarahan Webber kerana Vettel tidak mengikut arahan pasukan.Vettel mengambil alih kedudukan Webber di kedudukan pertama selepas kedua-dua pelumba itu berhenti menukar tayar dan bergerak bersama-sama selepas itu.Selepas itu, Vettel dilihat cuba menghimpit jentera Webber beberapa kali sebelum memecut laju meninggalkan Webber di salah satu selekoh."Vettel membuat keputusan sendiri hari ini, dan itulah yang telah berlaku."Selepas di pitstop terakhir, pasukan melaporkan perlumbaan sudah berakhir dan kami menuju ke garisan penamat. Saya memenangi perlumbaan ini, tetapi selepas itu sebaliknya berlaku," jelasnya ketika berada di atas podium.KEPUTUSAN PENUH GP FORMULA SATU MALAYSIA 20131. Sebastian Vettel - Red Bull Racing-Renault 1:38.9122. Mark Webber - Red Bull Racing-Renault 1:45.5203. Lewis Hamilton - Mercedes 1:43.5414. Nico Rosberg - Mercedes 1:43.5565. Felipe Massa - Ferrari 1:41.0046. Romain Grosjean - Lotus-Renault 1:44.5857. Kimi Räikkönen - Lotus-Renault 1:45.5918. Nico Hulkenberg - Sauber-Ferrari 1:42.1849. Sergio Perez - McLaren-Mercedes 1:39.19910. Jean-Eric Vergne - STR-Ferrari 1:41.348KEDUDUKAN PELUMBA SELEPAS PUSINGAN KEDUA F1:1. Sebastian Vettel - Red Bull Racing-Renault 40 mata2. Kimi Räikkönen - Lotus-Renault 313. Mark Webber - Red Bull Racing-Renault 264. Lewis Hamilton - Mercedes 255. Felipe Massa - Ferrari 226. Fernando Alonso Ferrari 187. Nico Rosberg - Mercedes 128. Romain Grosjean - Lotus-Renault 99. Adrian Sutil - Force India-Mercedes 610. Paul di Resta - Force India-Mercedes 411. Nico Hulkenberg- Sauber-Ferrari 412. Sergio Perez - McLaren-Mercedes 213. Jenson Button - McLaren-Mercedes 214. Jean-Eric Vergne - STR-Ferrari 115. Valtteri Bottas -Williams-Renault 016. Esteban Gutierrez - Sauber-Ferrari 017. Jules Bianchi - Marussia-Cosworth 018. Charles Pic - Caterham-Renault 019. Giedo van der Garde -Caterham-Renault 020. Max Chilton - Marussia-Cosworth 021. Daniel Ricciardo - STR-Ferrari 022. Pastor Maldonado -Williams-Renault 0 KEDUDUKAN PASUKAN SELEPAS PUSINGAN KEDUA F1:1. Red Bull Racing-Renault 66 mata2. Lotus-Renault 403. Ferrari 404. Mercedes 375. Force India-Mercedes 106. Sauber-Ferrari 47. McLaren-Mercedes 48. STR-Ferrari 19. Williams-Renault 010. Marussia-Cosworth 011. Caterham-Renault 0SENARAI PEMENANG GP FORMULA SATU MALAYSIA:2013: SEBASTIAN VETTEL - Red Bull2012: Fernando Alonso - Ferrari2011:Sebastian Vettel - Red Bull Racing2010: Sebastian Vettel - Red Bull Racing2009: Jenson Button -Brawn Mercedes2008: Kimi Raikkonen - Ferrari2007: Fernando Alonso - McLaren Mercedes2006: Giancarlo Fisichella - Renault2005: Fernando Alonso - Renault2004: Michael Schumacher - Ferrari2003: Kimi Raikkonen - McLaren -Mercedes2002: Ralf Schumacher - Williams - BMW2001 - Ruben Barrichello - Ferrari2000-Michael Schumacher - Ferrari1999-Eddie Irvine - McLaren -Mercedes