AMSTERDAM: Chelsea menjuarai Liga Europa selepas tandukan Branislav Ivanovic pada masa kecederaan membawa kepada kemenangan 2-1 ke atas Benfica pada perlawanan akhir di Amsterdam Arena, awal pagi Khamis.Pemain pertahanan Serbia itu yang berada jauh dari gawang gol mudah menewaskan penjaga gol Benfica, Arthur selepas menyambut hantaran sepakan sudut Juan Mata pada minit ke-93. Bekas penyerang Liverpool, Fernando Torres meletakkan Chelsea di depan seawal minit ke-59.Bagaimanapun, kedudukan tersebut tidak bertahan lama apabila Oscar Cardozo menjaringkan gol penyamaan lapan minit kemudian.Blues beraksi tanpa pemain tengah dari Belgium, Eden Hazard dan kapten pasukan, John Terry yang masih dibelenggu kecederaan.Kejayaan Chelsea terus menambah kemarau kejuaraan buat Benfica yang tidak pernah memenangi kejuaraan Eropah itu sejak 1962.Chelsea menjadi kelab pertama menjuarai dua kejohanan utama di Eropah iaitu selepas memenangi saingan Liga Juara-Juara tahun lalu.Senarai pemain:Chelsea: Cech; Azpilicueta, Ivanovic, Cahill, Cole; Lampard, Luiz; Ramires, Mata, Oscar; Torres. (Pemain gantian: Turnbull, Ferreira, Aké, Mikel, Marin, Benayoun, Moses)Benfica: Artur; Almeida, Luisao, Garay, Melgarejo; Salvio, Perez, Matic, Gaitan; Rodrigo, Cardozo. (Pemain gantian: Paulo Lopes, Jardel, Aimar, Urreta, André Gomes, Lima, John)