suria

ARRC: Azlan, Zamri Cemerlang Di Indonesia

Azlan (tengah) menjuarai Perlumbaan 2 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, Ahad.
Azlan (tengah) menjuarai Perlumbaan 2 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, Ahad.
Azlan (tengah) menjuarai Perlumbaan 2 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, Ahad.

PELUMBA MUSASHi Boon Siew Honda Racing, Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd Zamri Baba mempamerkan aksi cemerlang apabila masing-masing berjaya memenangi perlumbaan SuperSports 600cc pada Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, Ahad.

Azlan yang beraksi untuk pasukan muncul juara Perlumbaan 1 setelah menamatkan perlumbaan 16 pusingan dengan masa keseluruhan 24 minit 21.773 saat menewaskan Mohd Zamri (PETRONAS Hong Leong Yamaha) di tempat kedua dengan masa 24:23.264s. Pelumba tuan rumah, M. Fadli Imammuddin (Manual-Tech KYT Kawasaki Racing) ketiga, 24:25.344s.

Masalah tayar pada Pusingan 2 menghalang Azlan untuk meraih kemenangan berganda apabila terpaksa akur dipintas oleh Mohd Zamri di selekoh terakhir pada pusingan terakhir perlumbaan sekaligus menyaksikan dia sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan masa keseluruhan 24:22.188s.

Mohd Zamri di tempat pertama dengan masa keseluruhan 24:21.910s sambil M. Fadli sekali lagi di tangga ketiga dengan masa 24:22.712s.

Gelaran juara dan naib juara membantu Azlan untuk menjarakkan diri di tangga teratas dalam senarai keseluruhan dengan kutipan 90 mata, 21 mata mengatasi Katsuaki Fujiwara di tempat kedua dengan 69 mata sambil Mohd Zamri di kedudukan ketiga, 61 mata.

Bagi Azlan, kedudukan tersebut dirasakan masih belum selamat dan dia perlu mencatat keputusan serupa menjelang Pusingan 3 yang akan berlangsung di Madras, India, Julai depan.

“Dua perlumbaan hari ini sangat-sangat mencabar. Pencabar-pencabar khususnya Zamri dan M. Fadli memberikan saingan sengit sehingga ke penghujung perlumbaan.

“Pada Perlumbaan 2, saya tidak boleh melakukan apa-apa ketika Zamri mahu memintas saya di selekoh terakhir.

"Tayar saya sudah hilang cengkaman dan sukar untuk saya mengawal jentera. Walau bagaimanapun, saya gembira dapat mencatat dua kemenangan di sini dan akan berusaha untuk meraih kemenangan pada pusingan berikutnya bagi memastikan saya terus kekal menerajui kedudukan keseluruhan ketika ini,” jelas Azlan.

Bagi Mohd Zamri pula, dia berterima kasih kepada seluruh pasukan yang telah bekerja keras untuk menyediakan jentera terbaik pada saingan kali ini.

“Saya begitu bernasib baik pada Perlumbaan 2 tadi. Selepas mengekori Azlan hampir sepanjang perlumbaan, saya menyedari tayarnya mula mengalami masalah dan dia juga mengalami kesukaran untuk mengawal jentera terutama ketika di selekoh.

"Saya hanya menunggu sehingga dia melakukan kesilapan dan akhirnya berjaya memintas pada selekoh terakhir. Saya sangat gembira dengan kemenangan ini," tambahnya.

Dalam saingan Underbone 115cc, Norizman Ismail mempamerkan prestasi cukup cemerlang apabila meraih kemenangan berganda sekaligus mencatat sejarah tersendiri apabila muncul pelumba Malaysia pertama yang pernah menjuarai perlumbaan di Litar Sentul, litar yang didominasi sepenuhnya oleh pelumba tuan rumah selama ini.

Pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing itu menamatkan Perlumbaan 1 dengan masa keseluruhan 19:51.841s diikuti pelumba tuan rumah, Harlan Fadhilah (Pertamina Enduro Nissin R9 Cargloss), 19:51.877s dan Hadi Wijaya (R9 Racing Team) ketiga, 19:51.888s.

Pada Perlumbaan 2 yang ditamatkan pada pusingan kesembilan selepas bendera merah dikibarkan akibat kemalangan yang menimpa rakan sepasukan Norizman, Kazuki Masaki, Norizman diistiharkan sebagai juara berdasarkan keputusan sewaktu pusingan kelapan sambil menyaksikan pelumba 13 tahun dari Jepun, Masaki muncul sebagai naib juara perlumbaan.

Norizman berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa keseluruhan 17:56.264s diikuti Masaki dengan masa 17:56.300s. Harlan muncul pemenang tempat ketiga dengan masa keseluruhan 17:56.570s.

“Saya sama sekali tidak menyangka dapat memenangi kedua-dua perlumbaan di sini. Saingan begitu sengit terutama daripada pelumba tuan rumah sendiri.

"Saya tidak dapat gambarkan betapa gembiranya saya dengan dua kemenangan di sini, apatah lagi mencatat nama sebagai pelumba Malaysia yang berjaya memenangi perlumbaan di Litar Sentul ini,” jelas Norizman.

Mengulas lanjut, Norizman berkata, “Saya tujukan kemenangan ini kepada rakan sepasukan, Mohd Affendi Rosli yang sepatutnya berlumba di sini, namun dia mengalami masalah kecederaan dan sekaligus membuka peluang kepada saya untuk menggantikan tempatnya ke perlumbaan kali ini.”

Dua kemenangan melonjakkan kedudukan Norizman ke tangga kedua keseluruhan dengan 65 mata, dua mata ketinggalan kepada pendahulu, Hadi Wijaya manakala seorang lagi pelumba negara, Ahmad Afif Amran di tangga ketiga dengan 59 mata.

Saingan Piala Impian Asia (ADC) menyaksikan pelumba Malaysia, Khairul Idham Pawi turut beraksi cemerlang apabila berjaya memenangi Perlumbaan 1 mengatasi pelumba pilihan, Hiroki Ono dari Jepun dan Jakkrit Swangswat dari Thailand ketiga.

Pelumba berusia 15 tahun itu menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 18:58.115s manakala Ono dengan masa 18:58.146s dan Jakkrit, 18:58.201s.

“Perlumbaan tadi cukup sukar buat saya. Kira-kira 12 pelumba saling bertukar kedudukan di kelompok hadapan dan kadang-kala situasi agak berbahaya. Pada satu ketika saya mengambil langkah selamat dengan berada di belakang sebelum kembali memecut pada baki dua pusingan terakhir.

"Sebaik melepasi selekoh terakhir, saya mendapati ruang di bahagian tepi litar agak kosong dan saya membuat keputusan untuk memecut ke hadapan. Syukur, strategi saya berjaya dan akhirnya saya berjaya memenangi perlumbaan,” jelas Khairul Idham.

Namun, Ono berjaya menebus kekalahannya pada Perlumbaan 2 setelah muncul juara dan menamatkan perlumbaan 10 pusingan dengan masa keseluruhan 18:57.964s.

Tempat kedua dimenangi pelumba tuan rumah, Gerry Salim dengan masa keseluruhan 18:57.966s dan pelumba Thailand, Nakarin Atiratphuvapat ketiga, 18:58.057s.

Dua podium di Sentul membantu Ono untuk terus kekal di tangga teratas dengan mengumpul 95 mata sambil Mohd Fitri Ashraff Razali dan Khairul Idham berada di tempat kedua dan ketiga dengan 57 mata dan 55 mata.

Keputusan

SuperSports 600cc

Perlumbaan 1

1.Azlan Shah Kamaruzaman (Honda) 24’21.773s

2.Mohd Zamri Baba (Yamaha) 24’23.264s

3.M.Fadli (Kawasaki) 24’25.344s

4.Katsuaki Fujiwara (Kawasaki) 24’27.289s

5.Makoto Tamada (Honda) 24’33.561s

Perlumbaan 2

1.Mohd Zamri baba (Yamaha) 24’21.910s

2.Azlan Shah Kamaruzaman (Honda) 24’22.188s

3.M.Fadli (Kawasaki) 24’22.712s

4.Makoto Tamada (Honda) 24’28.862s

5.Katsuaki Fujiwara (Kawasaki) 24’30.335s

Kedudukan Keseluruhan

1.Azlan Shah Kamaruzaman (Honda) 90 mata

2.Katsuaki Fujiwara (Kawasaki) 69 mata

3.Mohd Zamri Baba (Yamaha) 61 mata

4.Makoto Tamada (Honda) 51 mata 5.MFadli (Kawasaki) 50 mata

Anugerah Berpasukan

1.Musashi Boon Siew Honda Racing 90 mata

2.PETRONAS Hong Leong Yamaha 71 mata

3.Beet Kawasaki Racing 69 mata

4.Manual Tech KYT Kawasaki Racing 50 mata

5.Musashi Boon Siew Honda Racing Malaysia 37 mata

Underbone 115cc

Perlumbaan 1

1.Norizman Ismail (Honda) 19’51.841s

2.Harlan Fadhillah (Yamaha) 19’51.877s

3.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 19’51.919s

4.Gupita Kresna (Kawasaki) 19’52.082s

5.Mohd Rozaiman Mohd Said (Honda) 19’52.111s

Perlumbaan 2

1.Norizman Ismail (Honda) 17’56.264s

2.Kazuki Masaki (Honda) 17’56.300s

3.Harlan Fadhillah (Yamaha) 17’56.570s

4.AM Fadly (Kawasaki) 17’56.581s

5.Hadiwijaya (Yamaha) 17’56.581s

Kedudukan Keseluruhan

1.Hadiwijaya (Yamaha) 67 mata

2.Norizman Ismail (Honda) 65 mata

3.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 59 mata

4.Kazuki Masaki (Honda) 54 mata

5.Harlan Fadhillah (Yamaha) 51 mata

Anugerah Berpasukan

1.Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing 91 mata

2.R9 Racing Team 67 mata

3.PETRONAS Hong Leong Yamaha Malaysia 59 mata

4.Pertamina Enduro Nissin R9 Cargloss 51 mata

5.Kawasaki KYT Rextor Manual Tech 50 mata

Asia Dream Cup

Perlumbaan 1

1.Khairul Idham Pawi (MAS) 18’58.115s

2.Hiroki Ono (JPN) 18’58.146s

3.Jakkrit Swangswat (THA) 18’58.201s

4.Dwi Satria (INA) 18’58.209s

5.Fitri Ashraf Razali (MAS) 18’58.223s

Perlumbaan 2

1.Hiroki Ono (JPN) 18’57.964s

2.Gerry Salim (INA) 18’57.966s

3.Nakarin Atiratphuvapat (THA) 18’58.057s

4.Mohd Fitri Ashraf Razali (MAS) 18’58.118s

5.Jakkrit Swangswat (THA) 18’58.127s

Kedudukan Keseluruhan

1.Hiroki Ono (JPN) 95 mata

2.Mohd Fitri Ashraf Razali (MAS) 57 mata

3.Khairul Idham Pawi (MAS) 55 mata

4.Gerry Salim (INA) 51 mata

5.Jakkrit Swangswat (THA) 47 mata

Artikel Lain